This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Wednesday, December 15, 2010

pembangkang bohong dan putar alam lagi!!!

PEMBOHONGAN APCO!






Salam 2 all.Hari ini Khamis 09 Muharram 1432/ 16 Disember 2010 Parlimen bersidang untuk membawa usul menggantung beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang kerana isu berkaitan pembohongan didalam Dewan mengenai isu APCO. Dan usul itu telahpun diluluskan dan mereka digantung 6 bulan sebagai Ahli Parlimen.
Sebenarnya teman malas nak kupas isu APCO ini kerana teman tau dari awal-awal lagi ianya satu pembohongan. Malahan semasa masih lagi sebagai Ahli Parlimen PKR, teman telah membantah penggunaan isu APCO ini kerana ianya satu pembohongan. Sebab itu teman langsung tidak mahu terlibat dengan isu APCO ini. Pada teman, isu APCO telah diputarbelitkan memberi gambaran seolah-olah Malaysia telah dipengaruhi oleh Israel melalui APCO. Disebut antara lain kononnya pasukan Polis DiRaja Malaysia juga sudah diresapi oleh Israel melalui APCO di Bukit Aman!
Sebenarnya APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai "American Protocal Communication Outfit" - singkatannya APCO. Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubungan walkie-talkie. Ianya langsung tiada kena mengena dengan APCO Worlwide yang kononnya dikuasai oleh Israel.
Dan jika kita melihat APCO Worlwide, adalah sangat jelas ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi. APCO Worldwide adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company, sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington.  Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua klien yang memerlukan khidmat-rundingcara.
Maka tertubuhlah APCO (menggunapakai singkatan nama firma tersebut), dengan rakankongsi utama firma tersebut,  Margery Krause menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif APCO. Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita. Dan bagi tujuan khidmat-rundingcara, APCO melantik beberapa konsultan dari pelbagai latarbelakang samada bekas Presiden, bekas Hakim, bekas Menteri, dengan latarbelakang kepakaran ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama, dan banyak lagi.
Oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. Ianya pembohongan semata-mata. Dan menyatakan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman dikuasai oleh APCO ternyata adalah putarbelit dan pembohongan semata-mata. Hanya kerana nama serupa semata-mata, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan!!
Adakah hanya kerana slogan "1-Malaysia" dan "One-Israel" kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi? Bagaimana dengan slogan "PAS 4 All" dengan slogan "Israel 4 All"? Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan. Bagaimana pula dengan lambang "Satu-Mata" Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan. Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi? Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putarbelitkan orang lain!!
Apa yang penting, kita sebagai umat Islam khususnya wajib mendasarkan rujukan kita kepada Al Quran & Sunnah. Surah Al Hujurat: 6, "sekiranya datang kepada kamu berita daripada fasik, janganlah kamu pecaya, tetapi periksalah dahulu, janganlah kamu mengambil tindakan terhadap sesuatu kaum atas berita itu kelak nanti kamu yang menyesal".
Adalah jelas mereka adalah pembohong dan pemutar belit dalam nisu APCO. Mereka berbohong tentang 16 Sept! Satu dunia tahu tentang pembohongan dan penipuan 16 Sept, tetapi yang pelik mengapa masih ada golongan yang menjadi "summum bukmum umyum faahum - pekak, bisu dan buta" kepada pembohongan dan penipuan yang begitu jelas depan mata kita. Bila melihat gelagat golongan ini, barulah teman faham mengapa Fir'aun ada pengikutnya, Haman ada pengikutnya, Namrud ada pengikutnya, Kamal Attarturk ada pengikutnya. Kerana sudah disuratkan oleh ALLAH akan ada manusia yang akan terus didalam kesesatan, bak kelkatu yang terpukau dengan cahaya yang akan membunuhnya! Maka menjadi tanggungjawab para pejuang dan pendakwah Islam untuk membawa dan membimbing mereka yang sesat ini kepangkal jalan.

Yang baik dan benar itu semuanya daripada ALLAH, dan yang tidak itu adalah daripada kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH terus memberikan nikmat hidayah dan petunjuk serta kepampunan kepada teman dan kita semua.
Wallahua'lam & Wassalam.
sumber daripada YB ZULKIFLI BIN NORDIN.




Safee Sali (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama bersama Amirul Hadi Zainal (kiri) dan S. Kunanlan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Malaysia kini bagaikan sebelah kaki ke perlawanan akhir apabila cemerlang membenam juara bertahan, Vietnam 2-0 pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010, terima kasih kepada Safee Sali yang menjaringkan dua gol pada minit ke-65 dan 83.
Dalam aksi penuh mendebarkan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, Safee dan kapten Safiq Rahim layak diangkat sebagai wira apabila rangkaian dua `S' itu menjadi nadi kemenangan negara.
Pada ketika penat beraksi di Bukit Jalil masih belum hilang, skuad negara terpaksa berlepas ke Hanoi hari ini untuk aksi separuh akhir kedua, Sabtu ini.
Dalam perlawanan semalam, gol pertama hadir pada minit ke-65 berpunca dari sepakan percuma Safiq yang bijak dikesan Safee sebelum melakukan tandukan mengelirukan penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong.
Tujuh minit sebelum permainan tamat, 50,000 penyokong negara bersorak apabila Safee memastikan Malaysia mendapat bekalan selesa sebelum beraksi di Hanoi, Sabtu ini apabila menyambar peluang terhidang di hadapan gol Vietnam hasil bola muntah selepas percubaan Safiq ditampan Tan Truong.
Apa yang pasti, perlawanan semalam boleh dianggap aksi terbaik skuad negara sepanjang saingan Piala Suzuki AFF 2010 dengan permainan kemas dan pantas berjaya ditunjukkan anak-anak buah K. Rajagobal.
Rajagobal tidak banyak melakukan rombakan dalam skuad yang diturunkan ketika berdepan Laos dalam aksi terakhir kumpulan, kecuali kembali menurunkan Mohd. Asraruddin Putra Omar di bek kiri menggantikan Mohd. Sabre Mat Abu, selain Safee menggantikan Mohd. Amri Yahyah.
Harimau Malaya mencipta peluang pada minit ke-10 melalui gerakan lincah S. Kunanlan yang bijak menghidu kedudukan Safee dalam kotak penalti sebelum melorong bola kepada penyerang Selangor itu, namun dia menyepak lemah.
Penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat cemerlang menafikan hajat Vietnam untuk memperoleh gol pertama selepas menepis percubaan Nguyen Minh Phuong dari jarak dekat, di minit ke-15.
Pada minit ke-26, Malaysia semakin mengasak yang bagaimanapun disia-siakan Safee sekali lagi apabila rembatan leretnya tersasar di sebelah kiri pintu gol Vietnam.
Selepas separuh pertama buntu tanpa sebarang gol, Vietnam lebih banyak menguasai awal permainan babak kedua tetapi gandingan Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas berjaya mematahkan serangan lawan.
Saat yang dinantikan akhirnya tiba pada minit ke-65 menerusi Safee yang menggamatkan seluruh Stadium Nasional sebelum dia meledak gol kedua pada minit ke-83 bagi memastikan Malaysia berpeluang cerah layak ke perlawanan akhir buat kali kedua semenjak tahun 1996.

p/s:TANNIAH BUAT PEMAIN MALAYSIA YG MENUNJUKKN KESUNGGUHAN DLM BERMAIN BOLA SEPAK.TAHNIAH JUGA BUAT PENYOKONG YG MENYOKONG.TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.

CELAH GELEGAR: MELAYU MESTI BACA - kebenaran peristiwa 13 Mei

MELAYU MESTI BACA - kebenaran peristiwa 13 Mei


PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU
Petikan Hansard Dewan Rakyat 

28 Oktober 2010, 3.53 ptg.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah...

[Membaca sepotong doa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’. Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpadapada. Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan Negara dan umat sendiri insya-Allah.

Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama. 

Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara, Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4) Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.

Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.

Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama, peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang habis-habisan.

Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the people is as heavy as the mountain of Tai”. Ini kenyataan yang dibuat.Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969, rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu. Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting
 
Tuan Yang di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu. Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang. 
  
Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina - Namewee, Wee Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru-baru ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung, dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu - Irwan Abdul Rahman, baru sindir TNB, kena caj di mahkamah. 
 
Apabila wartawan majalah - Al-Islam menyamar pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu, mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi bila wartawan wanita Cina - Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan itu cara yang beretika kewartawanan. 
 
Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara bertahun. Anak Cina baling surau dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Pegawai BTN bercakap tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan. 
  
Jadi bagaimana kita hendak menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara?

Hari ini, dalam negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua, diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut.
 
Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei. Bila cakap tentang 13 Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini cerita, sudah lama”. Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa?

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei. Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan MAGERAN - Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman - Before and After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong - 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa besar macam itu. 
 
Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu. Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada peristiwa itu dahulu. Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman - 13 May Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah?

Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.

Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.

Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan. Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum peristiwa itu.

Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report, polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah, maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh. Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.

Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu.

Maka episod ketidakpercayaan sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.

Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang dimainkan itu supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di-Pertua, kerana patennya sama sahaja dengan hari ini, sebiji sama.

Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana sebenarnya fakta itu tidak betul.

Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua, yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:


Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.

Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7% dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40 richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too, and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”

Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.

Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?

Kemudian kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama. Pertikai Artikel 153, tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan. Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di sini. Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969. Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini.

Dalam muka surat 24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153, kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur.

Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.

Tuan Yang di-Pertua...

Saya hendak sebut sahaja apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada masa itu.
 
Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei. 


Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah. 


Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN. 


Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.


Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”. 


Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”. 


Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.


Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” 


Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.” 


Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” 


Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” 


Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan.”


Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.

Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video klip, gambar-gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi orang tengok.

Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang-dalang 13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah.

Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini...sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang. Calon-calon Melayu akan diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya daripada DAP.



Mayat Cina di Arak



Mayat Tanpa Kepala

Tuesday, December 14, 2010

Borang Alumni SMAAF BT RAUB

Sila sebarkan/download disini (http://www.scribd.com/doc/36439859/Borang-Keahlian-Alumi-Smaafbt)
Jika ada sebarang pertanyaan sila email ke falahians@gmail.com dan sertai kami di (http://www.facebook.com/group.php?gid=265732361222&v=wall)

Bisik awang selamat(utusan Malaysia)

AWANG semakin tidak faham dengan sikap dan pemikiran Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat.
Terbaru beliau menyifatkan ketuanan Melayu hanyalah perjuangan yang sia-sia. Katanya, konsep tersebut mengetepikan Islam dan akan menjadikan orang Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia.
Entah sekian banyak penjelasan oleh pelbagai pihak termasuk pemikiran dan tokoh akademik. Begitu juga dengan penegasan oleh Raja-Raja Melayu. Ketuanan Melayu atau kedaulatan Melayu tidak sedikit pun mengetepikan Islam.
Malah ketuanan atau kedaulatan Melayu yang dimaksudkan adalah berpaksi kepada kepentingan masyarakat Islam yang akhirnya menjamin kesejahteraan agama.
Nik Aziz mungkin tok guru tetapi beliau bukan ulama berwibawa yang boleh dijadikan ikutan. Banyak kenyataan beliau sebelum ini jelas bertentangan dengan intipati sebenar Islam.
Antaranya, tindakan beliau menyokong penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam dan mempertahankan perbuatan ahli politik bukan Islam berceramah politik di dalam surau.
Beliau juga kerap mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal seperti Tuhan samseng dan boleh mencarut; wanita cantik tidak wajar keluar rumah untuk bekerja dan banyak lagi.
Nik Aziz pernah mengkafirkan UMNO hanya kerana bermuafakat dengan parti bukan Islam tidak lama dulu tetapi sekarang menjadi pak turut kepada DAP, yang menentang penubuhan negara Islam.
Mesej Awang, orang seperti Nik Aziz lebih banyak menghina Islam dan memalukan Pas. Beliau sudah tidak relevan dan sentiasa cuba menutup kelemahannya sebagai Menteri Besar. Isu rasuah dan penyelewengan kuasa termasuk pembalakan di Kelantan menjadi-jadi tetapi gagal ditangani oleh beliau. Isu menantunya juga sudah cukup menggambarkan siapa sebenarnya Nik Aziz.

Awang – Anti-perosak Islam

Yakin Malaysia lepas ke final piala aff suzuki!!!

Menumpaskan penyandang juara, Vietnam bukan misi mustahil, apatah lagi Malaysia akan beraksi dengan sokongan padu ribuan penyokong setia pada separuh akhir pertama bola sepak Piala Suzuki Piala AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Selepas kempunan untuk menjuarai kejuaraan paling berprestij dalam saingan bola sepak Asia Tenggara itu sejak penganjurannya 14 tahun lalu, ini mungkin masa terbaik buat K. Rajagobal dan pemainnya membuktikan bahawa Malaysia mampu menjadi antara kuasa besar bola sepak rantau ini.
Jika dilihat nada Rajagobal pada sidang media di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, impian itu tidak mustahil boleh direalisasikan tetapi dia mahu pemainnya menyuntik rasa yakin dengan kemampuan diri sendiri sebelum berhasrat menewaskan Vietnam.
‘‘Mereka perlu mengubah mentaliti dan menanamkan keyakinan dalam diri masing-masing sebelum bertemu Vietnam.

Fahaman pluralisme wajar ditentang

Golongan yang mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman pluralisme ala John Hick.
Justeru, tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad ‘Uthman El-Muhammady mahu golongan tersebut ditentang kerana fahaman yang mereka anuti itu jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Malah, beliau berkata, mereka yang memperjuangkan fahaman itu tidak ubah seperti membawa satu agama baru yang akhirnya boleh menyebabkan seseorang Islam itu menjadi murtad.
“Oleh itu fahaman pluralisme atau kesamarataan di dalam agama perlu ditolak dan ditentang kerana ia hanya akan membawa kehancuran serta kecelakaan kepada kehidupan manusia.
“Fahaman ini amat berbahaya dan merupakan ancaman yang perlu ditangani segera. Hakikatnya, Islam tidak boleh disamakan dengan apa jua kepercayaan dan agama kerana martabatnya terlalu tinggi. Islam agama yang terpelihara sehingga Hari Kiamat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas’ pada wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Mengulas lanjut Muhammad ‘Uthman berkata, fahaman pluralisme tidak akan membawa kebahagiaan walau apa hujah sekali pun sebaliknya hanya akan membuatkan manusia menuju ke neraka.
Dalam pada itu beliau berkata kewujudan teori fahaman yang boleh merosakkan umat Islam itu berlaku pada era pascamodenisme.
“Teori ini amat berbahaya terutama kesannya terhadap akidah umat Islam. Ia perlu ditangani dan ditentang oleh semua pihak,” katanya lagi.
Sementara itu beliau berkata, pemikiran pelopor fahaman pluralisme iaitu John Hick hendaklah ditolak kerana jelas kenyataan-kenyataannya bersifat mengelirukan manusia.
Di dalam kertas kerjanya Muhammad ‘Uthman turut menjelaskan jenis atau kategori golongan yang terpengaruh dengan fahaman tersebut.
“Mereka yang terpengaruh dengan pluralisme agama menyatakan baik agama Islam, Kristian, Yahudi, Sikh dan Hindu mempercayai adanya `kebenaran yang lebih tinggi’ serta mengatasi amalan lahiriah dan ibadat.
“Kalaulah pendirian yang demikian dianggap jalan kebenaran di sisi Tuhan, maka perjuangan Rasulullah SAW mendepani agama penyembah berhala, agama Yahudi dan Kristian pada zaman Baginda adalah tidak bererti,” katanya.
Jelas beliau berkata, pernyataan sedemikian tidak benar dan tidak berasas serta tidak pernah wujud di dalam ajaran Islam.
“Seperti mana saya tekankan sebentar tadi fahaman pluralisme akan membawa kerosakan, kecelakaan dan kecelaruan kepada kehidupan manusia. Fahaman ini akhirnya akan membawa manusia ke neraka ,” ujarnya.
sumber utusan Malaysia

Monday, September 27, 2010

Senarai 40 Orang Terkaya Di Malaysia


Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia bagi tahun 2010 menunjukkanTan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok kekal sebagai rakyat Malaysia yang paling kaya dengan nilai bersih AS$ 12 bilion, meningkat daripada AS$9 bilion setahun lalu. Menurut Forbes, Kuok menduduki tempat itu setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada 2006.
Tan Sri Ananda Krishnan pula menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$8.1 bilion, juga meningkat daripada AS$7 bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak 2006.

Sila rujuk cerita penuh di Orang Terkaya Malaysia 2010 Forbes Asia

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2010 menurut Forbes Asia:

1.(1) Robert Kuok AS$ 12 billion(9), pelbagai, 86, berkahwin, 8 orang anak.

2.(2) Ananda Krishnan AS$ 8.1 billion(7), telekom, 72, berkahwin, 3 orang anak.

3.(3) Lee Shin Cheng AS$ 4.6 billion(3.2), minyak sawit, 71, berkahwin, 6 orang anak.

4.(4) Lee Kim Hua AS$ 3.9 billion(2.5), perjudian, 81, janda, 6 orang anak.

5.(6) Quek Leng Chan AS$ 3.85 billion(2.3), pelbagai, 69, berkahwin, 3 orang anak.

6.(5) Teh Hong Piow AS$ 3.8 billion(2.4), bank, 80, berkahwin, 4 orang anak.

7.(7) Yeoh Tiong Lay AS$ 2.5 billion(1.8), pelbagai, 80, berkahwin, 7 orang anak.

8.(8) Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.7 billion(1.1), pelbagai, 58, berkahwin, 5 orang anak.

9.(10) Vincent Tan AS$ 1.6 billion(0.75), pelbagai, 58, berkahwin, 11 orang anak.

10.(9) Tiong Hiew King AS$ 1.2 billion(1), perkayuan, 75, berkahwin, 4 orang anak.

11.(11) Azman Hashim AS$ 660 juta(470), kewangan, 70, berkahwin, 5 orang anak.

12.(17) Lee Oi Hian dan Lee Hau Hian AS$ 560 juta(210), pelbagai, 59/56, berkahwin, 4/1 orang anak.

13.(33) Yaw Teck Seng dan Yaw Chee MingAS$ 480 juta(113), perhutanan, 72/50, berkahwin, 8 orang anak.

14.(-) Lim Wee Chai, AS$ 470 juta, sarung tangan getah, 52, berkahwin, 2 orang anak.

15.(12) William H.J. Cheng AS$ 430 juta(390), peruncitan, 67, berkahwin, 3 orang anak.

16.(34) Goh Peng Ooi AS$ 425 juta(112), perisian, 55, berkahwin, 2 orang anak.

17.(14) Lim Kok Thay AS$ 360 juta(225), perjudian, 58, berkahwin, 3 orang anak.

18.(23) Jeffrey Cheah AS$ 350 juta(185), hartanah, 65, berkahwin, 3 orang anak.

19.(15) Anthony Fernandes AS$ 330 juta(220), penerbangan, 46, berkahwin, 2 orang anak.

20.(13) G. Gnanalingam AS$ 320 juta(260), pelabuhan, 65, berkahwin, 3 orang anak.

21.(19) Kamarudin Meranun AS$ 300 juta(205), penerbangan, 49, berkahwin, 5 orang anak.

22.(18) Chan Fong Ann AS$ 290 juta(209), minyak sawit, 79, berkahwin.

23.(-) Shahril dan Shahriman Shamsuddin AS$ 270 juta, minyak & gas, 47/41.

24.(-) A.K. Nathan AS$ 250 juta, pembinaan, 54, berkahwin, 2 orang anak.

25.(20) Chong Chook Yew AS$ 230 juta(200), pendidikan, 88, janda, 4 orang anak.

26.(16) Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta(215), gas, 49, berkahwin, 5 orang anak.

27.(25) Ahmayuddin Ahmad AS$ 210 juta(175), pelabuhan, 53, berkahwin, 4 orang anak.

28.(27) Lau Cho Kun AS$ 200 juta(165), pelbagai, 74, berkahwin.

29.(21) Chen Lip Keong AS$ 180 juta(195), perjudian, 62, berkahwin.

30.(22) Lee Swee Eng AS$ 155 juta(190), perkhidmatan minyak, 54, berkahwin.

31.(29) Liew Kee Sin AS$ 150 juta(140), hartanah, 51, berkahwin, 4 orang anak.

32.(-) Nazir Razak AS$ 145 juta, bank, 43, berkahwin, 2 orang anak.

33.(35) Eleena Azlan Shah AS$ 141 juta(110), infrastruktur, 50, berkahwin, 2 orang anak.

34.(-) Ong Leong Huat, AS$ 140 juta, pelbagai, 66, berkahwin, 5 orang anak.

35.(31) Rozali Ismail AS$ 136 juta(130), infrastruktur, 52, berkahwin, 6 orang anak.

36.(40) Kua Sian Kooi AS$ 135 juta(90), insuran, 57, berkahwin, 4 orang anak.

37.(32) Lin Yun Ling AS$ 130 juta(115), infrastruktur, 55, berkahwin, 2 orang anak.

38.(36) David Law Tien Seng AS$ 125 juta(105), perlombongan.

39.(-) Abdul Hamed Sepawi, AS$ 120 juta, perkayuan, 61, berkahwin, 2 orang anak.

40.(37) Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 110 juta(100), bank, 62, berkahwin, 3 orang anak.

Angka dalam kurungan merupakan kedudukan dan nilai pada tahun lepas.


Mereka yang terkeluar daripada senarai tahun ini adalah;

1.Lee Hau Hian (26), 56, berkahwin, 1 orang anak.

2.Vinod Sekhar (28), 42, berkahwin, 2 orang anak.

3.Tiah Thee Kian (30), 62, berkahwin, 5 orang anak.

4.Hamdan Mohamad (38), 54, berkahwin, 2 orang anak.

5.Tan Teong Hean (39), 66, berkahwin, 3 orang anak.

Menurut Forbes, senarai di atas disusun dari maklumat yang diperolehi dari individu, bursa saham, dokumen awam dan penganalisis. Kekayaan peribadi yang dimiliki adalah dianggarkan dengan menggunakan laporan kewangan yang disediakan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Semua penilaian tersebut dikira dengan menggunakan harga saham dan nilai tukaran mata wang pada 14 Mei 2010.

SEJARAH NEGERI PAHANG



Sejarah Negeri Pahang bermula sebelum didirikan 
kerajaan Melayu Melaka, wilayah bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu semuanya termasuk dalam kawasan kerajaan Pahang. Orang Jawa Majapahit zaman dahulu menyebut Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Pada awal kurun Masihi ke 16, pada permulaan terdirinya kerajaan Melayu Johor, sempadan Negeri Pahang Darul Makmur; di sebelahnya sampai ke Sedili Besar dan di utara sampai ke Terengganu; sempadan ke baratnya pula sampai keRembauSelangor dan Perak. Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung dan di sebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.
Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. Kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. Pada masa ini Pahang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada sebelas daerah iaitu KuantanPekanRompinMaranTemerloh,JerantutBentongRaubLipisCameron Highlands dan Bera. Manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa.

Nabi Yahya

Nabi dan Rasul adalah orang-orang yang dipilih oleh Tuhan untuk menyampaikan ajaran-Nya yang terkandung di dalam Kitab kepada manusia.
Nabi adalah juga Rasul kerana dia menyampaikan. Perkataan Rasul bermakna pembawa atau penyampai. Akan tetapi, bukan semua Rasul diangkat menjadi Nabi.
Justeru itu, Nabi adalah lebih tinggi kedudukannya daripada Rasul. Nabi diberi Kitab dan telah membuat perjanjian dengan Allah, seperti yang diceritakan di dalam al-Qur'an berbunyi:
"Dan apabila Allah mengambil perjanjian Nabi-Nabi, 'Bahawa Aku memberikan kamu Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan mempercayainya, dan kamu akan menolongnya. Adakah kamu setuju?'" (3:81).
Perjanjian antara Nabi dan Allah di sini adalah untuk menolong Rasul yang datang kepada mereka, dan percaya kepada mereka, untuk menyampaikan Kitab Allah kepada manusia.
Nabi dan Rasul adalah ramai, diutus dari semasa ke semasa sejak zaman purba lagi. Antara yang disebut oleh Allah adalah nama-nama yang disemadikan di dalam ayat-ayat berikut:
"Dan Kami memberikan dia (IbrahimIshak, dan Yaakub - masing-masing Kami memberi petunjuk. Dan Nuh, Kami memberi petunjuk sebelum itu, dan daripada keturunannya, Daud, dan Sulaiman, dan Ayub, dan Yusuf, dan Musa, dan Harun - begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik. Dan Zakaria, dan Yahya, dan Isa, dan Elias; masing-masing termasuk orang-orang salih. Dan Ismail, danAlyasa, dan Yunus, dan Lut; masing-masing Kami melebihkan di atas semua alam." (6:84-86)
Dan Muhammad adalah juga Nabi dan Rasul disebut di dalam ayat lain, iaitu 33:40.
Semua Nabi adalah handalan belaka. Manusia tidak dibenarkan membuatkan perbezaan antara mereka, misalnya, berkata bahawa Nabi Isa itu adalah lebih handal daripada Nabi Muhammad, atau berkata, Nabi Muhammad adalah Nabi yang paling mulia antara semua Nabi Allah.
Larangan itu datang dari Tuhan, dengan ayat-Nya yang berbunyi, 
"Katakanlah, 'Kami percaya kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami muslim,'" (2:136).
Ayat 3:84 turut melarang amalan membeza-bezakan Nabi. Selanjutnya, manusia juga dilarang membuat perbezaan antara para Rasul Allah, seperti yang dijelaskan dalam ayat Tuhan, 2:285. Orang-orang yang tidak membuat perbezaan antara rasul-rasul-Nya akan diberi upah atau pahala oleh Tuhan (4:152).
Sebelum menamatkan penjelasan mengenai Nabi dan Rasul di sini, yang akan bersambung dalam cerita-cerita Nabi akan datang, disebut satu daripada sifat Nabi yang ditegaskan oleh Allah di dalam sebuah ayat, iaitu bahawa Nabi tidak menipu. Dia tidak bercakap bohong. Inilah bunyi ayat-Nya:
"Tiadalah bagi seorang Nabi untuk dia menipu, dan sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat; kemudian tiap-tiap jiwa akan dibayar sepenuhnya apa yang ia mengusahakan, dan mereka tidak dizalimi." (3:161).
Nabi Yahya
Tidak ramai antara para Nabi diceritakan ceritanya dari kecil di dalam al-Qur'an. Mereka yang diceritakan kisahnya semasa kanak-kanak adalah Nabi Musa, Yusuf, Isa dan Yahya.
Nama Yahya disebut sebanyak lima kali di dalam al-Qur'an. Cerita bermula dengan bapa Nabi Yahya, bernama Zakaria, yang memohon kepada Tuhan agar dikurniakan seorang anak. Dua ayat Tuhan yang berikut mengisahkannya:
"Dan Zakaria, apabila dia memanggil Pemeliharanya, "Wahai Pemeliharaku, janganlah meninggalkan aku sendirian, dan Engkau yang terbaik daripada pewaris-pewaris."
Lalu Kami menyahutinya, dan Kami memberinya Yahya, dan Kami membetulkan isterinya untuknya; sesungguhnya mereka bersegera kepada kebajikan, dan berseru kepada Kami daripada rasa rindu dan rasa gerun, dan mereka merendah hati kepada Kami," (21:89-90).
Permintaannya ditunaikan oleh Allah kerana "mereka bersegera kepada kebajikan, dan berseru kepada Kami daripada rasa rindu dan rasa gerun, dan mereka merendah hati kepada Kami."
Tuhan mengutuskan malaikat-malaikat kepada Zakaria untuk memberitahu tentang kedatangan anaknya, bernama Yahya, iaitu nama yang diberi sendiri oleh Tuhan, dan nama Yahya yang pertama di dunia.
Beginilah Allah menceritakannya dalam dua buah ayat:
"Dan malaikat-malaikat memanggilnya (Zakaria), sedang dia berdiri untuk menyembah di mihrab, 'Allah menyampaikan kepada kamu berita gembira dengan Yahya yang mengesahkan satu Kata Allah, dan seorang ketua, dan jujur serta suci daripada kejahatan nafsu berahi, dan seorang Nabi, dan seorang yang salih (baik).'" (3:39). 
"Wahai Zakaria, Kami memberi kamu berita gembira mengenai seorang anak lelaki, namanya Yahya. Tiada yang Kami membuatkan nama seperti ini sebelumnya." (19:7). 
Semasa kanak-kanak lagi Nabi Yahya telah dipimpin oleh Allah. Lalu dia menjadi pandai, suka membaca Kitab Tuhan, takut kepada Tuhan, taat kepada ibu bapa, dan dia, tidak sombong dan ingkar.
Firman-Nya:
"'Wahai Yahya, ambillah Kitab itu dengan kekuatan"; dan Kami memberinya Putusan semasa kanak-kanak lagi; dan rasa belas kasihan daripada sisi Kami, dan kesucian, dan dia bertakwa; dan seorang yang taat kepada ibu bapanya, dan dia tidak sombong, ingkar. Kesejahteraan ke atas dia, pada hari dia diberanakkan, dan hari dia mati, dan hari dia dibangkitkan hidup," (19:12-15).
Renungkanlah nilai-nilai murni yang terdapat pada diri Nabi Yahya di dalam ayat-ayat tersebut.
Demikianlah sebuah kisah mengenai seorang Nabi semasa dalam alam kanak-kanak. Kisah itu menjadi teladan bagi semua manusia.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More