Tuesday, December 14, 2010

Bisik awang selamat(utusan Malaysia)

AWANG semakin tidak faham dengan sikap dan pemikiran Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat.
Terbaru beliau menyifatkan ketuanan Melayu hanyalah perjuangan yang sia-sia. Katanya, konsep tersebut mengetepikan Islam dan akan menjadikan orang Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia.
Entah sekian banyak penjelasan oleh pelbagai pihak termasuk pemikiran dan tokoh akademik. Begitu juga dengan penegasan oleh Raja-Raja Melayu. Ketuanan Melayu atau kedaulatan Melayu tidak sedikit pun mengetepikan Islam.
Malah ketuanan atau kedaulatan Melayu yang dimaksudkan adalah berpaksi kepada kepentingan masyarakat Islam yang akhirnya menjamin kesejahteraan agama.
Nik Aziz mungkin tok guru tetapi beliau bukan ulama berwibawa yang boleh dijadikan ikutan. Banyak kenyataan beliau sebelum ini jelas bertentangan dengan intipati sebenar Islam.
Antaranya, tindakan beliau menyokong penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam dan mempertahankan perbuatan ahli politik bukan Islam berceramah politik di dalam surau.
Beliau juga kerap mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal seperti Tuhan samseng dan boleh mencarut; wanita cantik tidak wajar keluar rumah untuk bekerja dan banyak lagi.
Nik Aziz pernah mengkafirkan UMNO hanya kerana bermuafakat dengan parti bukan Islam tidak lama dulu tetapi sekarang menjadi pak turut kepada DAP, yang menentang penubuhan negara Islam.
Mesej Awang, orang seperti Nik Aziz lebih banyak menghina Islam dan memalukan Pas. Beliau sudah tidak relevan dan sentiasa cuba menutup kelemahannya sebagai Menteri Besar. Isu rasuah dan penyelewengan kuasa termasuk pembalakan di Kelantan menjadi-jadi tetapi gagal ditangani oleh beliau. Isu menantunya juga sudah cukup menggambarkan siapa sebenarnya Nik Aziz.

Awang – Anti-perosak Islam

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More